Monday, 14 November 2016

aktiviti menarik

Naik Beca Di Kota Melaka

Beca sangat terkenal di Melaka.

Harga nak naik beca ni pun boleh tahan juga mahalnya. Ronda-ronda sikit dalam 20 minit boleh mencecah RM25. Kalau kami sekeluarga kena ambil 2 beca, dah jadi RM50. Jadi kami ambil pakej paling murah RM10, dari Medan Samudera ke kawasan bangunan merah. Itupun naik tak sampai 10 minit dan terpaksa berjalan kaki untuk balik ke tempat kami parking kereta.



perahu layar beach resort melaka

Anda ingin bercuti di Melaka Bandaraya warisan dunia? anda mesti tercari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk seisi keluarga.Perahu Layar Beach resort Melaka kini di buka bersebelahan dengan Kompleks perahu layar pengkalan balak melaka. Kami kini menawarkan harga hebat bagi tempahan bilik. Dengan berlatar belakangkan lautan selat melaka yang biru air nya, anda bersama keluarga dapat menenangkan jiwa setelah penat melancong ke sana sini.

pemandangan sekitar perahu layar beach resort

sinonim dengan nama resort, perahu layar menjadi lambang keunggulan resort


tempat menenangkan fikiran, bertemankan angin laut selat melaka yang nyaman


bahagian depan resort


kami juga menyediakan perkhidmatan sukan air di bawah naungan Ombak Biru Water Sport, pasti anda seisi keluarga gembira menikmati hari cuti and


Duck boat melaka












Jom tengok gambar kitorg naik duck tours ni pulak..


Duck tours ni kisahnya kenderaan dua alam (amfibia) yg boleh jalan di darat dan di air..
Rupanya mcm bot tapi ada roda..

Harga tiket boleh tahan mahal juga. Untuk dewasa RM38.00, kanak-kanak RM22.00 dan warga emas RM27.00. Kanak-kanak berusia 1 tahun hingga 12 tahun 

Menunggang Kuda padi di klebang



Menunggang Kuda Di Pantai Pengkalan Balak Melaka. Tempat Menarik di Masjid Tanah Alor Gajah Melaka. Tempat Best Di Tanjung Bidara. Aktiviti Best di Pantai Pengkalan Balak Teluk Gong. Tunggang Kuda. Mandi Manda. Main Pasir. Banana Boat.

  • Kalau kita lepak petang-petang di Pantai Klebang, ada beberapa ekor kuda padi yang parkir “cun-cun” di persisiran pantai. Bolehlah kalau nak merasa tunggang kuda. Walaupun kuda padi ni rendah, tak macam kuda biasa tu, oklah tu sebab kalau terjatuh pun taklah tinggi sangat jatuhnya. Hehehe.
  • Kadar yang dikenakan dalam RM10 & RM15 sekali naik, ikut jarak jauhnya.
  • Kami sempat tanya, apa nama kuda-kuda yang comel tu? Namanya Santi dan Puteri. Bulunya cantik dan bersih, kata tuannya kuda-kuda ni selalu kena shampoo. Jadi kalau ada yang tak suka bershampoo, malu sikit ladengan Santi dan Puteri ya..


MENAIKI KERETA KUDA 

PENGUNJUNG  menaiki kereta kuda pada hujung minggu di Dataran

  • Ada kereta kuda tau di Pantai Klebang. Kereta kuda tu dihias dengan lampu yang berwarna-warni, meriah!
  • Kereta kuda menggunakan kuda padi juga. Melihatkan saiz kuda yang agak kecil dan comel, rasa kesian juga nak naik kereta kuda tu. Macam biasa kami sibuk tanya nama kuda comel tu, nama kuda tu Manja. Ha, bukan main nama kuda dah macam panggilan seorang isteri gitu…
  • Kadar yang dikenakan adalah RM5 & RM10 seorang, ikut jarak jauhnya. Kami terjebak naik kereta kuda ni sebab kami dah banyak tanya sangat dengan tuan kereta kuda sampai rasa bersalah pula kalau tak naik. Harap Manja ok…

http://megahasz.blogspot.my/2012/03/naik-beca-di-kota-melaka.html?m=1



No comments:

Post a Comment