Tempat Makan Popular Melaka
#1 Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka
Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan. Menyebut Melaka, penggemar makanan akan terbayangkan asam pedasnya yang amat digemari bukan saja masyarakat setempat malah juga pengunjung dari luar.
Antara restoran asam pedas yang agak popular adalah Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Bandar Hilir. Mungkin kerana kedudukannya maka ia amat mudah menarik perhatian pengunjung dari luar termasuk dari Singapura yang begitu ramai di sini.
Asam pedasnya meliputi pelbagai jenis ikan seperti ikan parang, pari, jenahak dan sebagainya. Dengan kuah yang pekat dan merah, rasanya amat sedap dimakan pula dengan nasi panas serta iringan ulam-ulaman segar.
Selain asam pedas terdapat juga gulai masak lemak cili api ketam, masak lemak cili api udang galah, masak lemak daging salai, kerabu mangga, ayam kampung goreng berempah dan ikan bakar yang amat sedap malah ada yang mengatakan menu-menu ini lebih sedap daripada asam pedas itu sendiri terutamanya sambal pencicah ikan bakarnya. Memang patut datang ke Restoran Asam Pedas Selera Kampung ini.
#2 Coconut Shake Alai
KM 8, Alai, Melaka
Jika anda sudah kenyang dengan asam pedasnya, Coconut Chake Alai ini boleh dicari untuk melegakan kepedasan dan kepanasan asam pedas. Di Melaka, Coconut Shake Klebang adalah yang sering menjadi perhatian kerana lagendanya namun sengaja Coconut Shake Alai ini dipillih kerana kualitinya juga tidak mengecewakan malah setanding dengan hidangan di Klebang.
Ada yang berpendapat coconut shake di sini lebih baik tetapi semuanya terpulang kepada citarasa masing-masing. Namun rasanya memang amat sedap dan servisnya juga cepat.
Terdapat juga makanan sampingan yang lain untuk dimakan seperti nasi lemak dan sebagainya. Jika anda ke Melaka bolehlah mencuba coconut shake di sini .
#3 Cendol Jam Besar
Hadapan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka
Satu lagi tempat penghilang dahaga yang boleh diunjungi adalah Cendol Jam Besar yang begitu popular ini. Terletak di tengah-tengah Bandar Hillir dan di tebing Sungai Melaka, kita bukan saja boleh menikmati cendol, tetapi juga keindahan Sungai Melaka dan tiupan angin yang mendamaikan di tengah kepanasan Bandaraya Melaka. Boleh jadi tidak tidur malam memikirkan Cendol Jam Besar.
Cendol dengan jagung, kacang merah, pulut, aiskrim dan pelbagai lagi pilihan untuk dipilih. Santan yang lemak berkrim, gula Melaka asli yang wangi, ditambah pula cendol yang lembut, jagung yang rangup memang mudah sekali menangkap selera anda tambahan bagi mereka yang kehausan. Cendolnya juga tidak terlalu manis. Antara cendol yang kerap menjadi pilihan adalah cendol durian.
Kelemahannya adalah pelanggan yang terlalu ramai. Mungkin juga ia suatu kelebihan bagi pemiliknya. Oleh sebab itu, kita terpaksa beratur untuk mendapat tempat duduk malah ada yang terpaksa makan sambil berdiri. Kadangkala anda mungkin kempunan kerana kehabisan. Harganya agak mahal terpulang kepada penilaian masing-masing. Kalau teringin cendol, bolehlah datang makan di Cendol Jam Besar.
#4 Satay Kampung Jawa
Kampung Jawa, Melaka
Melaka bukanlah tempat yang terkenal dengan satay. Namun nama Satay Kampung Jawa bukanlah asing kerana ia antara satay yang amat popular dan menjadi sebutan di Melaka. Juga terletak di tebing sungai Melaka, pelanggan boleh menikmati satay yang enak tersebut sambil melihat-lihat alunan air sungai Melaka yang dibelah oleh bot-bot ‘cruise’ yang membawa pelancong.
Namun keindahan sungai Melaka tersebut tidak mampu menenggelami kesedapan Satay Kampung Jawa yang terkenal dengan saiznya yang besar. Satay di sini hadir dengan pelbagai jenis seperti ayam, daging, perut malah yang uniknya adalah satay hati dan juga kerang yang jarang-jarang boleh didapati di tempat lain.
Sataynya dibakar dengan baik dengan kesan bakaran dan asap di luar serta isi yang berjus menjadikan setiap gigitan tidak mengecewakan. Kuahnya juga amat sedap dan serasi dengan rasa satay tersebut.
Selain satay terdapat juga menu lain seperti mee rebus, mee rojak dan rojak. Mungkin kerana saingan yang tidak banyak dan kedudukannya, pelanggan begitu ramai di restoran ini dan kadangkala kita terpaksa untuk beratur. Namun tidak adil untuk kita menafikan kesedapan dan kualiti sataynya. Jom cuba Satay Kampung Jawa!
#5 Perhentian Kuih Kampung
Jalan Ujong Pasir, Melaka
Kedai ini juga dikenali sebagai kedai bawah pokok kerana kedudukannya berhampiran sebatang pokok angsana yang besar. Perhentian Kuih Kampung amat terkenal dengan kepelbagaian kuih muihnya. Terdapat pelbagai jenis kuih daripada kuih tradisional sehinggalah kepada kuih-kuih yang moden.
Malah kepelbagaiannya melangkaui sempadan negeri. Tetapi yang lebih penting adalah semua kuih-muih yang dijual di sini begitu sedap. Tidak hairanlah jika anda akan mendapati agak ramai pelancong asing yang menjamu selera di kedai ini.
Di sebelah yang lain kedai pula dikhaskan untuk kuih muih manis dan pelbagai jenis kuih talam. Terdapat juga mee hailam dan juga mee kari. Malahan asam pedas disini juga sangat sedap dan mampu menyaingi asam pedas yang lebih popular dengan mudah. Begitu juga dengan nasi lemak dan kuih pau yang amat baik kualitinya.
Buat anda yang mahu menikmati sarapan hebat, mungkin kunjungan ke Perhentian Kuih Kampung boleh memberikan pengalaman yang baik kerana makanannya amat sedap dengan harga yang berpatutan.
#6 Cucur Udang Alor Gajah
Gerai No 1, Medan Selera Pasar Menggong, Alor Gajah, Melaka
Gerai no.1 di Medan Selera Menggong yang tertulis Perniagaan Cucur Udang Alor Gajah amat popular dengan menu cucur udangnya yang amat sedap. Ia menjadi buah mulut penduduk tempatan mahupun juga pengunjung dari dalam dan luar negara. Apa yang sebenarnya menjadikan cucur udang ini istimewa adalah gabungan komponennya yang pelbagai daripada cucur udang , fish cake, sosej, nugget, timun, tauhu dan pelbagai lagi sehinggalah kepada popia.
Ada pelanggan yang memberikan kredit kepada fish cake yang amat sedap. Kuahnya juga amat sedap dan pekat serta ada terasa sedikit manis gula Melaka dan kepedasannya begitu serasi dengan cucur udang dan komponen yang lain. Memang tangkap meleleh Cucur Udang Alor Gajah.
Harganya amat berpatutan, namun servisnya boleh dipertingkatkan kerana pelanggan mereka yang semakin ramai akan memperlahankan servis mereka.
Terdapat nasihat yang baik daripada pelanggan iaitu cucur udang ini lebih sedap dimakan di sini berbanding dibungkus kerana lebih segar dan rangup.
SUMBER RUJUKAN :http://saji.my/tempat-makan-menarik-melaka/
…………………………………………………………………………….
PETA PELANCONG / MELAKA FUN MAP
TEMPAT PENGINAPAN DI MELAKA
THE HUT SERKAM



ROOMS & RATES
THE HUT TERDIRI DENGAN 5 BILIK . 3 BILIK BERLENGKAPKAN 2 KATIL SETIAP SATU BILIK , DAN 2 BILIK BERLENGKAP DENGAN BILIK YANG BESAR DAN SELESA
PADA HARI BIASA
JENIS BILIK
|
HARI BIASA
|
HARI MINGGU
|
|
RM 160
|
RM 180
|
PADA HARI PERCUTIAN
JENIS BILIK
|
HARI BIASA
|
HARI MINGGU
|
|
RM 180
SATU MALAM
|
RM 200
|
SETIAP BILIK LENGKAP DENGAN
- PENGHAWA DINGIN
- TV
- WIFI PERCUMA
- SHOWER DENGAN PEMANAS AIR
 |
BILIK UTAMA |
 |
BILIK BERLENGKAPKAN 2 KATIL |
KELENGKAPAN
- BAHAN DAPUR YANG LENGKAP
- CAFE DAN TV
- KAWASAN BBQ
- BASIKAL UNTUK DI SEWA
- WIFI PERCUMA
- RUANG LETAK KEDERAAN
- LENGKAP DENGAN 24JAM CCTV
- LENGKAP DENGAN 24 JAM BANTUAN PEKERJA
 |
KAWASAN BBQ
|
Kampung Serkam terkenal dengan kawasan memancing dan makan laut (Medan Ikan Bakar). jarak diantara the hut dan tempat - tempat melancong hanya mengambil masa 25 minit
1) Masjid Jamek Serkam (200m, kurang dari lima minit perjalanan)
2) Medan Ikan Bakar Serkam (500 m,jarak perjalanan )
3) Jeti Nelayan Pantai Siring (2 km)
4) Medan Ikan Bakar Umbai (6 km)
5) Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung (14 km)
6) Melaka City Centre (23 km, 25min secara berkendaraan)
DESA BALQIS KUALA LINGGI
Main entrance Desa Balqis Kuala Linggi Melaka
Ni pemandangan yang di sebelah kiri selepas masuk ke dalam kawasan ni. Ni la rupenya Desa Balqis ni. Actually konsep dia macam homestay.
Terdapat 10 rumah yang setiap 1 ada nama yang berlainan - Pak Long, Pak Ngah, Balqis,Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk , Pak Ndak. Ada lagi rumah yang dalam pembinaan.
Dari nama rumah pun sangat traditional kan. Kagum kitaorang bila kat dalam ni. Sangat cantik kawasan dan rumah-rumah tu.
Luas macam padang bola. Tempat ni memang sesuai sangat kalau nak buat gathering. Macam-macam aktiviti boleh buat. Seronok! Kalau nak view yang macam ni ambil la rumah Pak Long yang boleh memuatkan 7-10orang.
Masa kami datang ni takde orang di bahagian kaunter tak boleh la nak mintak tengok dalam rumah kan. Ada jumpa sorang staff yang tengah bersihkan kawasan kebun sebelah dengan Desa Balqis ni. Katenye kawasan tu akan dibersihkan untuk buat sukan aktiviti lasak kat situ.
Kanan gambar ni ialah kaunter receptionnya.
Swimming pool pun disediakan. Tak payah risau kalau budak-budak boring ke ape, berendam je la dalam ni. Ni kalau reramai ni sure havoc kan.
Pool ni takde bahagian kanak-kanak. So yang dewasa kene pantau la yea. Haihh...cantiknye la.
Ni tangga untuk turun ke pantai. Kene extra careful sebab menjunam dan tinggi. Ni kire private beach jugak la ni . Boleh mandi laut, main pasir.Yang bahagian tepi kanan tu rumah pekerja.Rumah pekerja die pun cantik eh siap ade buaian kat beranda tu. Nak sewa yang kt situ la..boleh dak?Hehehhe..
InsyaAllah..ade rezeki dan kesempatan boleh la stay kat sini nanti. Kalau dapat sekali ngan family lagi meriah kan. Boleh BBQ sesama. Kalau nak dinner kat luar pun tak de masalah ada restoran ikan bakar berdekatan.
Untuk lebih detail nak tengok rupa dalam setiap rumah boleh klik SINI. Senarai harga pun ada disertakan dalam web tu.
Korang tak sesat, kalau dah nampak signboard ni. Dari Melaka lalu jalan menghala ke ALAM (Akademi Laut Malaysia) jalan depan lagi perati je sebelah kiri korang. Kalau dari KL - better exit Port Dickson menghala ke Eagle Ranch tu terus la sampai jumpa simpang ke Kuala Linggi belok kanan. Desa Balqis ni sebelah kanan korang.
3. agrofarmstay @ skill tech "villa"
Rm 100 satu hari satu malam
Terdapat pelbagai jenis penginapan yang terdapat di Agrofarm ni . So amat sesuai sangat untuk aktiviti bersama keluarga yang besar , family day, seminar, kem motivasi dan lain-lain lagi. Salah satu penginapan yang ada kat Agrofarmstay ni adalah Villa Agrofarmstay. Villa yang terletak diatas bukit ini mempunyai 7 bilik tidur ( 14 pack) yang dilengkapi aircond dan juga water heater, 2 ruang tamu (atas dan bawah) , ruang makan, ruang dapur (lengkap dengan peralatan untuk memasak dan juga Ruang Tamu (TV dilengkapi Astro). Ianya juga dilengkapi dengan kemasan perabut jati yang bermutu tinggi yang sesuai sangat untuk pelbagai bentuk acara.
Villa atas bukit yang tersergam indah.
Bilik Tidur. Selesa sangat.. katil pun empuk.. tu je yang mummy tau..almaklum la kuat tido..hahahah :P
Ruang Dapur yang luas serta dilengkapi pelbagai kemudahan memasak.
Ruang makan.
Ruang Tamu.
Pemandangan dari tingkat atas.. Penuh dengan kehijauan.
RESORT AGROFARMSTAY@SKILL-TECH,
http://notachentamummy.blogspot.my/2016/01/resort-agrofarmstay-skill-tech-durian.html?m=1
http://www.percutianbajet.com/melaka/tempat-percutian-di-melaka-menarik-untuk-keluarga